|
|
 |
 |
Thursday, August 28, 2008
bismillah.. harini masuk hari ke 4 ana bekerja..fuh sangat terasa kemalasan melanda diri! life has change too...too much i couldnt write everything here. getting ready in the morning can no longer be the same. i have to prepare myself; bath etc n have to make some time to pump milk..nak pump tu adalah about half an hour to gain some 3oz milk!wah..quite mencabar minda tau..but its ok.. in the evening pula i have to rush back home (from serdang to shah alam) to fetch my baby at nursery. after 6pm they will charge extra rm5 for every hour..mind you that every day hv to pay about rm20..its ok as long the baby's ok..but the additional rm5 i wont give easily..hehe,. but to tell the truth, i just cant stop thinking about my baby during work, and as a result, i cant wait to fetch him in the evening! dulu dgr dari mulut orang je, 'kesian ana saya duduk kat nurseri lama2..'..dulu tak dapat nak figure out nape nak kesian pula?kalau dah dibawah penjagaan ok??now i realise this is because as a mother, i guess the feeling of how u take care of ur baby is better than others cannot be push away easily..its inevitable.. lepas ambil salahuddin, the work does not stop there..hv to clean up bekas2 susu n pump yang belum dibasuh selepas diguna di nurseri n workplace..hv to basuh baju n sidai that night kalau dapat, have to layan2 baby n husband etc..alhamdulillah kaklong dah masak semua, kalu tak masak makan malam termasuk dalam things to do list..bersalah juga pada kaklong yang banyak membantu..tapi what can i do??sampai rumah dah dekat kul 6.30pm.. malam tu belum sampai 11pm dah ngantuk..tu belum lagi salhuddin tak tidur malam..ni yang rasa tak sabar nak duduk bangi ni..hmm manusia...'apa yang ada jarang disyukuri..apa yang tiada..sering dirisaukan..' ahhhh, tulah ana!astaghfirullah... kat UPM ni keadaan pun dah sedikit berbeza, makin lawa pula nampak..cuma satu je makin ditelan zaman, sungai fakulti kej yang sudahpun menampakkan tanda2 eutrophication..dah makin keruh sangat! kesian..takpelah hopefully dapatlah pihak yang bertanggungjawab membuat sesuatu utk mengatasi eutrofikasi ni.. 
semalam dah mula jaga lab student..ni jap lagi ada lagi lab student..kagum ana budak2 ni suka sangat buat lab..excited je dorang macam tak nak balik..ana yang resah resah ta sabar nak diorang habis..hmm.. 
berposing pulak budak budak ni..
ok sampai sini dulu nanti bebila leh sambng lg.. wassalam
Posted at 09:24 am by nathifa
Permalink
Wednesday, August 27, 2008
bismillah..
baru ku dapat rasa betapa besarnya pengorbanan ibu bapa nak membesarkan anaknya...baru ana rasa tabik spring sangat2 kepada mereka yang tak berkemampuan(material) tapi masih cool dan seronok dengan pertambahan anak sorang demi sorang dan terus tabah membesarkan wp serba kekurangan. (dulu pernah dengar ada seorang lelaki bekerja sebagai guru ngaji, anak ada lebih lebih 6 orang, rapat2 jarak pulak tu..). baru ana dapat rasa betapa pengorbanan yang besar bila jadi ibu ni, anak bangun/tak tidur malam kita kena jaga n tenangkan dia, walau macammane ngantukpun kita..mak dulu pun membesarkan balong kakngah kaklang n me (4 orang lahir dalam masa 5 tahun je) pada jarak yang rapat2 satu sama lain n just at the age of 25!!subhanallah..mesti kne tabah tahap tinggi..
cuma satu yang pasti, walau banyak mana duit dibelanjakan untuk membesarkan anak,walau masa rehat perlu dikorbankan, keseronokan melihat baby membesar dari sehari ke sehari adalah satu yang pasti..
oklah masuk pada kisah benar..
seawal salahuddin sebulan setengah, ana n hubby dah start mencari carseat dia. sebab nanti nak travel kalau ana kne drive sorang bawa baby, bolehlah dia duduk di carseat. memang sangat berguna sungguh carseat tu. alhamdulillah salahuddin juga mau duduk kat situ, kecuali kalau dia nak susu, nak sendawa atau tak sedap perut..hehhhe..
balik terengganu hari tu kerusi tu sangat membantu, bila salahuddin nak tidur ana letak dia kat kerusi tu..dia ok je sehingga dia terlelap sendiri, alhamdulillah.. nak g nurseripun ana dudukkan dia di kerusi tu n drive ke nurseri selepas drop abang kat komuter stesen(abang g kerja naik komuter) n after kerja pun ana ambil dia dari nurseri n dudukkan dia dalam kerusi tu n bawa pulang ke rumah..nak dia duduk dalam tu..baik je siap tegur2 ana yang tgh drive kereta..

baju2 baby, alhamdulillah banyak sangat ana dapat daripada hadiah yang orang bagi, n baju yang kaklong n kakngah bagi..yang beli sendiri ada satu dua je kot..tapi sekarang salahuddin dah makin besar, baju 0-3months dah nak tak muat dah dia pakai..lantas ana n hubby belikan baju 6-12 utk dia..ok je tak besar sangat bila dia pakai!.hehhe...
Cukur Rambut
cuti sekolah baru ni kami balik terengganu, hajat dihati nak bawa salahuddin jumpa tok ki n tok n mak pah dia d trengganu..kamipun dah berbulan bulan tak balik. at the same time nak cukur rambut dia utk meraikan sunnah..ayah n mak terengganu lantas merancang satu majlis cukur rambut dgn menjamu ahli qaryah n sedara mara berdekatan dengan jamuan kecilan...so jumaat malam sabtu ada jamuan sikit, hari sabtu tu ayah cukur rambut salahuddin dibantu oleh abang..alhamdulillah dia tak nangis n bergerak banyak time nak cukur rambut dia tu, siap menguap2 lagi, salahuddin salahuddin..ni gambar-gambar semasa nak cukur rambut salahuddin..




Nurseri oh Nurseri~
kisah sedih pada awalnya, namun alhamdulillah sekrang boleh lega sikit..pada awalnya,ana bercadang nak hantar salahuddin masuk ke taska A di sek 19..hari jumaat tu ana ambil cuti, n at the same time nak try mula hantar baby ke taska bermula haritu juga supaya blh ana jenguk2 dia.. (tempat kerja ana kat serdang jauh tu nak jenguk2 taska di shah alam ni..kompem habis kerja baru jenguk)..ana hantar at 8am n at 10 ana dah resah2 n risaukan baby..tak sampai 3 jam tinggalkan dia kat situ ana ambil balik..hehe..mm sebetul2nya ana quite risau tinggalkan dia kat situ coz taska tu macam gloomy je, tak banyak barang2 mainan budak2, n kurang seronok je tempat tu nampak gaya..so lepas pada tu ana tak hantar2 dah ke tempat tu..burnlah rm50 pendaftaran..tak pe asal bahagiakan..
mak memperkenalkan ana dengan sebuah lagi taska di sek 20, kawan mak ada hantar anak kat taska tu n dia kata ok tempat tu..so pe lagi ana pun try bawa salahuddin terus ke taska tu b4 g kerja isnin baru ni. hajat di hati kalau tempat tu bagus terus nak tinggal salahuddin kat taska tu. memang taska tu fully equip!time ana g tu budak2 main dengan riang je.mungkin sebab kawasan tu luas. its like a banglo with playground dekat laman dia. takde ana dengar budak nangis pun..so dipendekkan cerita, after discuss itu ini dengan ketua penjaga kat situ, ana pun decide tinggalkan salahuddin dibawah penjagaan diorang..walaupun quite costly jg tempat tu berbanding taska A, duit tak jadi masalahkan asal hati tenang meninggalkan anak disitu..hati yang tenang, tak seperti kes taska A, ana tinggalkan salahuddin n pergi kerja..2 kali ana call dari ofis ke taska tu nak check on salahuddin(saja nak bertanya khabar)..1st tu ana call kul 12pm penjaga tu kata dia tidur lagi..2nd tu ana call dalam kul 3pm penjaga tu kata 'akak..anak akak asyik nangis je'..ya Rab hati aku panik tetiba..ana tanya itu ini diorang pun cam tak tahu baby nape.. lantas ana pun bergegas pulang..dekat 45 minit baru sampai..sampai2 tu dia nangis lagi..sedih ana tengok..ana pun susukan dia n tenangkan dia..alhamdulillah lepas tu dia ok je..bila discuss dengan penjaga diorang kata mungkin dia sakit perut kot..dia macam meneran2..(ana makan apa ntah tak tahu la..). n diorang sapu minyak yuyi di perut baby baru dia ok sikit..
k lah panjang pulak ceritanya, diringkaskan,akhirnya hari kedua ana tawakkal pada Allah, hantar dia ke taska tu juga(memandangkan tempatnya kondusif n penjaga macam ada basic pengetahuan yang baik tntg jaga baby)..ana pesan macam2..alhamdulillah Allah bagi ana kekuatan utk tak menelefon nurseri, ana dah pesan pada mereka supaya call kalau ada pape..salahuddin sangat ok time ana ambil balik dari kerja, n makin baik pula bila kat rumah, tak kuat nangis..senyum2 dan agah agah seperti orang dalam mood ceria..hehh..mungkin suasana taska yang ceria atau memang dia sesuai duduk situ kot yang membuatkan dia macamtu..alhamdulillah..
moga hari2 mendatangpun macamtu..hopefully bila dapat pindah bangi dapatlah cari nurseri yang dekat sikit supaya dapat jenguk2 time kerja..hmm
nak membesarkan anak, bekerja pula tu..kesal juga sebab tak dapat tarbiyah dengan tangan sendiri dari kecil full time..moga pengorbanan nak membantu suami Allah bagi keberkatan pada anak yang membesar tanpa ibu disisi..semoga salahuddin dalam penjagaan Allah sentiasa..
wallahua'lam
Posted at 10:51 am by nathifa
Permalink
Wednesday, July 16, 2008
Salahuddin dah nak sebulan!
bismillah..
tak ku sangka sekejap je salahuddin dah nak masuk sebulan dah!..subhanallah cepat je masa berlalu..alhamdulillah salahuddin makin besar.kuning dia pun dah hilang..syukur..dia baby yang sangat baik (kalau tak sakit perut n cukup makan, tidur tak nangis). dia kuat menyusu..gerenti penatlah melayan permintaan dia..kadang2 demand lebih tinggi dari supply yang boleh ada so kesian dia last2 sedih sebab tak banyak susu dapat (padahal dah minum lama dah!huhu klakor je baby ni)
muka dia tak tahu nak kata ikut siapa. muka baby orang kata akan berubah2. sekejap nampa macam ikut mak, nanti dah berbulan nampak macam ayah pulak..last2 nampak macam muka salahuddin le kot..
padanlah orang kata sayang seorang ibu terhadap anak dia tu kuat. bila dah berkepit ngan baby dekat 24jam sehari, manakan takde bonding yang kukuh..sampai ke perangai baby pun kita dapat kenal.. serasi orang kata..alhamdulillah..
tiap kali menyusukan salahuddin ana tak lupa untuk mengusap2 kepala dia n pandang mata dia n berkata2 dgn dia..salahuddin sekarang dah pandai pandang balik..n kadang2 tegur2 n ngadu(buat gaya sedih sekejap-agaknya umi dia lambat bagi susu kot tu yang mengadu sedih tu..hehe). wp tak nampak seketara sangat respon dia, namun orang kata sentuhan amat bermakna buat baby(daripada iklan johnson&johnson..:P).. betullah kot kan..bukan baby je..orang besar pun. sentuhan mampu meleburkan hati yang keras, menyatukan dua jiwa yang jauh..sangat besar ciptaan Allahkan..
waktu berpantang, alhamdulillah ada mak yang boleh tlg jaga ana kat rumah ni..bawa makanan ke bilik, tolong mandikan baby dan macam2 lagi..im truly bless to have a great mom. n not to forget kaklong yang banyak tolong juga..ish tak tercakaplah banyak benda yang kerabatku tolong time berpantang ni..
okeh buat tatapan diriku di hari akan datang, n tatapan salahuddin bila dia besar n boleh buka internet sendiri, ni beberapa gambar salahuddin..

salahuddin kalau memula nak tidur mata dia terbuka sikit, tgh mamai2 la tu, tak nyenyak betul,..

ni salahuddin ngan umi dia. i know that many people say his eyes looks like mine, although im truly honoured to receive that compliment(hehe), try look carefully at his eyes, hujung dia ke atas sikit..mesti ada heriditery memana coz my eyes tak memanjang ke atas macam tu..hheehe..wallahua'lam
p.s: pantang ni horror juga rupanya..boring satu, nak kena berpantang satu..takpe..bersusah2 kemudian bersenang2 kemudiankan.buat abang yang ku cinta, jzkk menjaga diriku berpantang dgn baik...kalau tak boleh jadi ikut hati makan semua benda kot..bila nak sembuh..huhu..i love u abang..:D
Posted at 03:23 pm by nathifa
Permalink
Friday, June 20, 2008
bismillah..
continue from previous..
dalam kesakitan yang sukar ditahan tu, ana berpaling ke arah abang n lihat jam tangan abang yang masih dipakainya..mungkin balik2 penat sangat dia lupa nak tanggalkan sebelum tidur..pukul 2.30am..subhanallah sakit makin perit! ana hanya mampu merengkok rengkok dan mengerang ke kanan ke kiri je, tak tahu nak buat apa utk melegakan sakit tu..contraction menyerang lebih kerap, dalam 5m sekali tak silap..alhamdulillah dalam pada masa kritikal begitu Allah bagi perasaan mengantuk ku mengatasi rasa bimbang/sakit/risau; bila contraction tak menyerang boleh ana terlelap2 sekejap, walaupun tak lama kerana diganggu balik dgn contraction..
jam 3.30am ana macam dah tak tahan, ana tgk wajah abang kat sebelah, tidur dgn nyenyaknye..kepenatan seharian bekerja tak hilang lagi dari muka dia..ana kuatkan hati, selagi boleh tahan, ana akan bertahan, tak nak kejutkan dia..
by 4am+, lagila..sakit macam apa tak tau nak kata..abang ana kejut, 'abang, tak tahan dah'..bisikku antara dgr tak dgr akibat sakit sangat. abang yang mamai2 memelukku erat..ana minta abang berzikir di telingaku ketika sakit sedang datang, sebab time tu, tak dapat fokus nak zikir dah time sakit nak bersalin tu datang..alhamdulillah bila abang alunkan zikir kat telinga sambil peluk erat, subhanallah rasa kurang sakit tu, terasa Allah ada membantu..
by 5am ana dah tak tahan, rasa macam kepala baby nak keluar sangat. ana ajak abang g sekarang tu juga..nak ready punyalah ambil masa, sebab time contraction datang memang tak dapat nak buat apa, mengerang n amalkan cara kawal pernafasan je.. ana sempat masuk tandas dan cuci kaki n tangan dengan air yassin yang ayah terengganu berikan...darah daripada membrane yang pecah banyak keluar..i knew that the time was very near. ana call mak n ayah n bgtau perkembangan (mak ayah duduk tgkat atas je, tapi sebab nak cepat call dgn handfon).. mak n ayahpun rush2..
lepas subuh, (punya lama nak bersiap) ana terpaksa dipapah naik naza, n off we go. abang yang duduk sebelah ana keep zikir di telinga ana, sambil tangan ana digenggam erat..alhamdulillah rasa sakit contraction berkurangan dgn kehadiran dia di situ..
anapun tak tahulah pukul berapa kitorang sampai kat bahagian kecemasan hospital serdang. sampai2 tu terus diorang bagi ana masuk kat kawasan pemeriksaan (tempat banyak2 katil diseparatekan dengan bidai) utk cek dulu whether ana ni betui2 ke dah perlu masuk labor room etc..ana terus baring. bila contraction menyerang kawalan pernafasan terus ana amalkan (caranya: tarik nafas panjang guna hidung dgn mulut tertutup, kemudian lepaskan nafas perlahan melalui mulut sahaja). sedang ana dalam kesengsaraan tu misi2 yang bertugas macam relax je layan ana nie..adalah dalam 7minit ana ditinggalkan kat katil tu, bila contraction datang menyerang, ana betul2 rasa kepala baby betul2 dah nak keluar dah..'kepala baby dah nak keluar!' ana jerit dicelah nafas. 'jap jap tahan tahan'.. misi yang berdekatan sahut.. lantas sorang misi pun datang n cek bukaan n kata 'dah 8cm ni..' so diorang pun gegas2 lah tolak ana masuk dalam labor room..
dalam bilik labor diorang mtk ana salin pakaian etc..dipendekkan cerita, bermulalah pengalaman yang dinanti2kan..ana kne lahirkan seorang baby! so, ana pun push2 dgn sepenuh hati, peluh macam apa tak kesah dah.. alhamdulillah suami ada kat sebelah support bahagian belakang time ana push. i really2 appreciate the present of him during that crucial time. misi kata push macam nak buang air besar, so apa lagi ana pushlah sekuat hati macam yang dia cakap..lama juga nak dapat kne betul caranya. maybe baby besar, so misi yang sambut baby tu kne gunting..alhamdulillah, tak lama lepas tu the baby is born (biru2 badan baby, coz nak keluar tu tersekat pernafasan dia rasanya).. .that time ana tak dapat fokus sangat sebab keletihan push tadi. tapi ana perasan abang mengazankan baby..waktu tu matahari sudah pun terbit dan cahaya matahari memancar dicelah langsir tingkap bilik tu..(sori lah kalau tak jadi macam cerita novel, tak pandai)
skejap je rupanya kegembiraan time tu sebab lepas tu sesi menjahit pula..abang diminta keluar time misi tu nak jahit..memang camtu prosedur diorang.. Subhanallah, Allah saja yang tahu betapa peritnya time menjahit tu..rasa lama dia ambil masa nak siapkan, pastu bius bagai tak ada effect, sakit sangat, rasa jarum mencucuk2..masa dia jahit tu, bising bilik labor dgn suara ana, 'lahaulawalakuwwata illa billah!' 'subhanallah!'.. sangat kuat sebab nak tahan sakit tu.. sambil tu fikiran fikir macam2 kisah Rasulullah, sahabt, sahabiah dulu utk menenangkan kesakitan, diorang dulu lagi teruk kesakitan kesan peperangan, time RS dibaling batu time dakwah, waktu maryam kesakitan tiada siapa datang membantu etc...alhamdulillah sedikit sebanyak melegakan, tapi msih sakit juga time jarum mencucuk..(but ahamdulillah, rasanya misi tu buat kerja teliti, jadi jahitan dia mungkin proper sebab dalam seminggu dah tak rasa sakit-wp 4 hari awal kesakitan masih rasa seakan2 baru digunting kulitku..)
alhamdulillah, when everything is over, the rest is history..banyak juga pengalaman2 pertama bersama baby yang pasti ku kenang. nak kena serasi dgn baby memang ambil masa sikit..alhamdulillah, yang pasti ana dapat seorang baby yang sihat fizikalnya, cerdas lakunya dan bijak pulak tu..alhamdulillah..
inna maa'l usri yusra..benarlah janji Allah..rugilah ana kalau tak termasuk dalam golongan mereka yang bersyukur
Posted at 08:29 pm by nathifa
Permalink
Thursday, June 19, 2008
Sehari sebelum bersalin..
bismillah..
subuh ni ana bangun dengan rasa sakit2 dibahagian perut, tapi kemudian hilang. dalam tandas masa memuang air perasan ada tanda2 macam serat2 darah sikit, tapi sangat sikit sampai kalau tak tgk betul2 memang tak perasan kewujudan darah tu..
subhanallah..tergamam seketika.. 'inike tanda nak bersalin?' t soalan yang terkeluar di benak..subhanallah..'dah nak dekat ke ni?'.. fikirku, gamam campur excited. tapi takde pula rasa sakit2 sangat ke apa..mm, belum kot..ana cuba mengcover diri tak nak terlalu excited.
keluar je tandas, b4 solat subuh bagitau abang tentang berita tadi. abang macam sedikit terkejut, tapi masih relax. ana solat dulu. after solat abang nasihatkan ana utk tanya mak macammane, ana pun sedikit kurang pasti tanda2 tu menunjukkan sudah hampir benar ke atau macammane. basic2 fasa2 yang terlibat yang akan dilalui seorang ibu sebelu melahirkan anak pun ana dah lupa sikit, 'kena belek balik buku tu..'ana keep reminding to myself at that point.
mak bagitau, there are 2 ways for a first sign of labor to appear.
1. keluarnya darah.
2.keluarnya air (air ketuban).
n mak kata, anak first biasa lambat keluar wp 1st sign dah appear.
ana pun pk2 macam larat lagi nak g kerja haritu, lagipun kalau dah sakit sangat time kat tempat kerja blh je g terus dari upm ke hsptl serdang..contraction yang datang dalam 15-20m sekali nipun tak brape intense, sekadar macam senggugut sket2, boleh tahan iA..
abang macam risau nak bagi ana drive dari komuter serdang ke upm but i kept reassuring him that my contraction was still bearable n it was not too frequent. so abang pun dengan tawakkal dihati membenarkan, dan membekalkan pesanan2 kepada ana. kat tempat kerja still the duration n frequency of the contraction was still bearable, but i can felt the intensity making its way up. mak n ayah kept sms n calling to asked my condition.alhamdulillah im quite can handle myself at that time..(sempat tidur lagi, yet masa tidur mimpi macam2 due to the pain cost by contraction yang menyerang sekejap2 tu). sempat juga di pejabat ana belek2 buku pregnancy tu..really helpfull alhamdulillah!
malam tu kat rumah rasa frequency contraction dah jadi once every 10m..mak n ayah pesan better g malam ni coz hsptl serdang mcm quite some time juga nak dapat sampai situ, takut terbersalin kat rumah je..huhu..tapi ana mcm malas nak g awal2 sebab 1)nanti dia suruh balik rumah balik kalau blm tiba waktu. 2)takut dia paksa baby keluar; induce ke ape...hmm..
by 11, i feel the pain more intense. nevertheless i dont think its time yet. but due to safety, abang n i decide to go to hosptl serdang that night. we packed several things (later at hsptl we realise that ada benda2 terlepas pandang-like baju spare baby..poor baby..later abang bought baju for him kat hsptl..so nice of u,abang..:))
dipendekkan cerita, malam tu kena balik semula after Dr. cek yang bukaan baru satu sentimeter..tak percaya rasa sebab sakit dah sakit dah, n frequency dia 8m sekali..at least 3-4cm ke..but takpela, kitorangpun balik ler ke rumah dgn perasaan hampa. mak n ayah n the gengpun terpaksa berpatah balik after we called telling the news.(diorang dah on the way dgn kereta lain ke hsptl serdang..) .. sampai2 rumah dah kul 1 lebih dah..
that night i couldnt sleep peacefully, the pain is so intense , i had to gasp for air, realising i lost controlof myself (alhamdulillah i only felt the pain when the contraction took place)...
to be continue ...
Posted at 03:59 pm by nathifa
Permalink
Friday, June 13, 2008
2 weeks before delivery..
bismillah..
tinggal 2 minggu sebelum hadirnya tarikh due bersalin. subhanallah betullah apa yang diperkatakan kebanyakan orang yang dah berpengalaman melahirkan anak ni.. dah 9 bulan kita carry the baby inside our womb, it seems that the nearer we get to the due date, the feel of nervousness is being transfered (not 100% though) inevitably to a feel of excitement, cant wait to meet the baby face to face..
however there's always preparation to do before the new guy is born..eg: knowledge on what r the phases involve during the process of delivering the baby, n what r the things we suppose or not suppose to do during that phases etc..
dekat2 hampir nak bersalin ni, alhamdulillah Allah merajinkan diriku utk lebih kerap membaca Qur'an, esp surah Maryam dan Luqman. subhanallah Allah is great, the meanings of the versus really2 suitable for a pregnant women. surah maryam, diceritakan betapa peritnya Maryam a.s ketika nak melahirkan nabi Isa, not to mention ujian yang berat Allah beri pada dia sampai kena fitnah dan melarikan diri dari kampung dia untuk bersalin di tempat lain. yang pada ketika tu hanya Malaikat Jibril menolong menenangkan diri dia..yang paling terkesan, ketika nak melahirkan Nabi Isa Maryam a.s tak lepas macam orang biasa diuji dengan kesakitan, sampai terkeluar dari mulut dia,
"Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, ia berkata: "Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak berarti, lagi dilupakan".
Maryam a.s menyatakan lebih baik dia mati je sebelum ni??subhanallah sangat perit rupanya nak bersalin sehingga mak seorang nabipun tidak lepas dari keperitan tu..(ya Allah permudahkan)
walaubagaimanapun menenangkan jiwa apabila Malaikat Jibril berkata kepada Maryam a.s:
"Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah: "Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu."
subhanallah sangat indah janji Allah..
surah luqman juga sangat2 best. ketika Luqman menasihat anak dia dengan pelbagai nasihat. bila baca maksud tu first thing memang macam Luqman menasihat diri kita sendiri je (sebab rasa diri sendiri kena amek iktibar dulu)..bila kita baca sambil mengusap2 perut rasa kita yang berkata2 dengan baby dalam perut, menasihat dia what should n should not be done as khalifah Allah di bumi. the great thing about it is that kita bagai berkomunikasi dengan baby dalam perut, terasa ada bonding yang semakin kuat..
ape2pun ana harap Allah memudahkan perjalanan dihadapan, dikurniakan kemudahan ketika bersalin, dikurniakan anak soleh penyejuk mata, penyeri kehidupan, dan membesar sebagai mujahid yang izzah terhadap agamanya.
benda2 dihadapan yang kita have no idea about what are going to happens, akan bagi kesan pada jiwa,tawakkal dan pergantungan kepada Allah akan rasa lebih kuat..
Allahummayassir wala tua'ssir..
wallahua'lam
Posted at 09:09 am by nathifa
Permalink
Wednesday, June 04, 2008
antara wadah, dakwah, tarbiyah dan diri
bismillah
semenjak dua menjak ni benda2 dalam tajuk kat atas tu sering jadi isu perbualan kami suami isteri..kadang2 diskusi bermula disebabkan ketidakpuasan hati terhadap beberapa perkara disekeliling seterusnya membawa pada perbincangan yang dalam...
tak dapat elak, kat mana2 pun kalau kita masuk dalam suasana baru akan terserlah perkara2 baru yang membuatkan fikiran kita berfikir dan menganalisis, tak lupa juga mengkritik..mungkin kerana perkara tu baru dalam hidup dan lain dari kebiasaan memuatkan perlu sedikit masa untuk penghadaman dan penilaian..
ana yang lemah ni boleh buat kesimpulan bahawa yang kita bawa adalah ISLAM namun tidaklah menjadi suatu yang tidak sepatutnya jika ISLAM yang kita bawa tersebut menggunakan suatu wadah dan dalam sekumpulan manusia yang diberi label. yang penting BERKELOMPOK membawanya. manusia punya berbeza2 cara fikir, cara kerja dan cara menganalisis.tu pasal wujudnya kita dengan 4 mazhab yang keempat2nya tu bukanlah lari dari Islampun (termasuk dalam golongan sunnah waljamaah). terserlah sangat kaitan antara hadis Rasulullah dgn nature manusia menerusi hadis RS yang sabdanya khilaf itu adalah satu rahmat..
apa2pun, walau kat ne kita berada sekalipun, cubalah berada dalam sekelompok manusia yang bekerja untuk kemenangan umat islam mengikut panduan hadis RS dan Quran, dan terbukti kesolehan mereka dan terpancar apa yang dibawa mereka adalah bersifat rabbaniyah, menuju kepada Allah, bukan sekadar dakwah/tarbiyah suka suki dan tidak jelas matlamat dan halatujunya...
tetap berpegang pada al-Quran dan sunnah sebab matlamat kita Allah, takut2 boleh menyimpang jika terlalu emosi dan semangat; tak dapat nak judge based on Islamic point of view.
“aku tinggalkan kepadamu dua perkara, kalau kamu pegang kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu kitabullah dan sunnah Rasulullah s,a,w”
tarbiyah zhatiyah (diri sendiri) juga sangat kritikal n yang paling crucial sebenarnya. no matter how high ur level of islamic understanding or how high ur position among ur islamic peers, the most important aspect to assure the security of ur iman is tarbiayh zhatiyah, u urself!
in the end, i realise life is interesting and Allah knows best. siapa yang beijtihad dan ijtihadnya betul maka baginya 2 pahalan, siapa yang berijtihad namun tidak tepat ijtihadnya dia tetap mendapat satu pahala
wallahua'lam
Posted at 08:27 am by nathifa
Permalink
Monday, May 26, 2008
bismillah
dalam seminggu dua lepas g jalan-jalan dengan abang kat pkns, bertujuan nak duplicate kunci..tapi lain pula yang dijumpa kat situ..time datang tu, PKNS ada buat pameran jualan hartanah kat ruang legar PKNS. banyak le rumah2 yang dijual. ada yang murah (but lokasi kat sg. buloh nun) n ada yang mahal (macam kat damansara n s.alam) n nak dijadikan taqdir, kitorang terjumpa ada jual rumah apartment kos sederhana di bangi. wah wah tak leh dilepaskan begitu saja ni..(hint: bangi dekat dengan serdang/upm. travel time:reduced. cost of traveling:reduced).. got the idea? apa lagi teruja lah sangat nak beli rumah tu! huhu~.. (to n fro to workplace more than 1 hour!!sure i can take it, yes, but if theres n e opportunity for me to get a place(of living) near workplace thats better, n for sure i want to grab it!!..:D
dipendekkan cerita, the view of the apartment looks pleasing, welcoming (the layout n all) and the cost-benefit analysis shows that its worth to buy one..:p.we fall in love with it instantaneously. tak terlalu mahal n for sure its not so cheap, but relatively cheap considering it's in bangi..dah membangun sangat dah bangi tu..

pandangan sebenar apartmen tersebut..
jadi bermulalah satu episod bau dalam hidupku dan suami. lots of new things we learn. how to get financing from bank (which bank offers the best islamic financing, which offers with riba' etc etc..b4 this, these thingsi know just the theory but now its a practical thing-so its quite interesting surveying here and there)
we learn what are the processes involved and all sort of things. eventhough theres certain things we got 'pening' thinking of, like how to get the duit pendahuluan 10% etc, but iAllah we believe there's a way to all 'problems' (its not totally a problem though).

tersemangat sampai amek gambar depan pintu..^_^'
for now, the apartmen just in the waiting-for-CF stage. so we have more time to simpan some more money,iAllah, n have some time with my family before we live separately. with the baby coming soon(iAllah), i hope this house would be a place where baitul muslim will be practice, mawaddah wa rahmah would follow us to this house n love blossoms every day ahead, ameen
Posted at 09:05 am by nathifa
Permalink
Tuesday, May 13, 2008
bismillah...
tgh nak siapkan p.pount presentation utk a short lecture esok..benti jap ambil masa muhasabah..heh..
kadang2 bila rutin kehidupan sangatlah sama, bangun pagi, mandi, kecoh2 nak g kerja, balik dah malam, letih, rehat2 jap, tidur, bangun balik pagi n on n on...boring bangat. lepas tu akan terasa sangat kosong dan LOST. rasa perlukan sesuatu yang lain dari biasa..
alhamdulillah Allah masih sayangkan ana iAllah, begitu juga sayangkan suami ana. rutin biasa macam kat atas tu jarang berlaku..tiap minggu nak dapat ke rehat lepas balik kerja after maghrib (rehat dalam erti kata lepak lepak kat rumah sambil tgk tv etc) jarang..maybe setengah daripada hari-hari dalam seminggu tu malamnya ada xtvt tarbiah dan dakwah..alhamdulillah..
hati secara fitrahnya perlukan belaian dan sentuhan dan suapan tarbiah..peringatan terhadap kewajipan dan janji-janji Allah..dan semestinya perlukan kepada untaian ukhuwah yang terikat kukuh lagi manis dalam limpahan iman..bila hilangnya antara perkara2 macamtu hati bagaikan meraung dan menangis..mengharapkan si pembawa diri mengerti akan kepentingan mendapatkan perkara tu..
usrah/halaqah..subhanallah cukup cukup bererti besar dalam hidup perjuangan seorang muslim..ia merangkumi perkongsian, peringatan, penadangan mata yang jatuh kehati dan semestinya ukhuwah yang disemai tiap kali bertemu..sangat powerfulnya sehinggakan hidup terumbang ambing tanpa usrah. mmm, itupun kalau usrah/halaqah itu 'berjaya'..
tanpa naqibah yang cemerlang, tiadakan rasa kemanisan tarbiyah, tanpa adik usrah yang cemerlang maka kuranglah motivasi naqibah. all in all, it's back to our ownself, we as a naqibah, how we handle the usrah?how we manage the mad'u? how we feel towards them? love?care?or just plain, 'bawa usrah'? (diriku yang hina dan banyak kelemahan terhantuk dengan muhasabah lagi..)..we as a mad'u in an usrah, how we care about other group members? r we care enough to ask them how they are? how's their iman/amal? r we care enough to send reply to our naqibah to inform we couldnt come to a liqa' etc?...
it's all from our own hearts. iman membuahkan amal, dan iman berkait dengan tindakan...tindakan/perasaan/amal are very very good indicators to see whether our iman is in good condition or otherwise...Allahu ghayatuna...lahaula wala quwwata illa billah..!
moga Allah bantu kita thabat..siapa yang mencintai Allah, bertaqwa kepadaNya, maka kakinya, tangannya, pandangannya,pendengarannya adalah daripada Allah..sentiasa terpelihara dan dikurniakan intuisi yang dapat membezakan baik dan buruk..Allahuabar..betapa mahalnya harga istiqomah..
Posted at 03:56 pm by nathifa
Permalink
Wednesday, April 23, 2008
bismillah...
semalam dalam pukul 8.10, lepas siap solat/makan/bersihkan diri, ana dgn abang g klinik anis utk pregnancy checkup seperti biasa..alhamdulillah sampai2 ta ramai orang. tiba2 teringat tntg result cek darah tak g ambil lagi dari klinik hajar. berdebar pula tetiba rasa, takut Dr. marah je! ana pandang muka abang..abang tiba2 tanya, 'berdebar2 ke?' .. ana jawablah ha'a..pastu ana cerita kat abang tntg keterlupaanku itu..sekali lagi ku mengundang gelengan abang coz terlupa akan sesuatu. m.maaf abang!takpe iAllah dalam minggu ni @ depan ke,ana g ambil kot result tu dari klinik hajar ;)..pastu dalam ketika tu juga ana terfikir, mungkin soalan abang tadi, merujuk kepada berdebar kah ana ni coz mengikut rancangannya nak mnta Dr. ultrasound malam ni. mungkin abang tanya adakah ana berdebar tntg tu kot..
seriusly, tak berdebar sangat tntg ultrasound tu, lebih berdebar tntg kemungkinan Dr. marah sebab keputusan ujian darah yang tak diambil lagi tu..
ana memang beberapa kali sebelum ni ada cakap kat abang, ana rasa nak scan perut ni, nak tgk kondisi baby dalam perut macammana. tak kesah sangat mengenai jantina, tak tahupun tak mengapa..cuma tak dinafikan kalau tahu tu satu bonus jugak..coz its just like uncover a very precious and beautiful suprise..at least for me.. all the same, samada laki @ perempuan yang dilahirkan, iAllah ada hikmahnya. kita bukan seperti sesetengah budaya kaum yang menganggap anak lelaki tu membawa tuah dan perempuan tu membawa bala. tak sama sekali! so in the end apa yang pentign kesyukuran kita anak itu lahir dengan selamat, sempurna, dan mendoakan dia menjadi ana yang soleh/solehah.
berbalik pada cerita malam semalam...tunggu dalam 10minit, pastu no. giliran ana kne panggil.abang masuk sekali dalam bilik klinik tu. dipendekkan cerita, ultrasund dibuat..ana confius memula sebab tak clear apa yang tertunjuk kat skrin tu. kadang2 nampaklah..'oh, tu kaki dia'..'oh tu tangan dia..' then pemacu gelombang tu digerakkan ke bahagian tengah dan bawah sikit. waktu kat bahagian tengah tu, terbongkarlah rahsia yang menjadi pengetahuan Allah selama ni.. he's a boy! begitulah yang ternampak di skrin malam tu..:).. subhanallah yang menjadikan sesuatu hidup dalam perut seorang ibu, yang hanya Dia yang tahu apa yang berlaku didalam perut tu, dan Dia yang tentukan segalanya, mengikut perancanganNya...ana harap baby tu menjadi anak yang soleh suatu hari nanti. cabaran2 menjaga baby mungkin banyak Allah sediakan dihadapanku dan suami. ya Allah permudahkanlah segalanya...semoga mudah dijaga, dididik dan dibentuk nanti...ameen
Posted at 11:31 am by nathifa
Permalink
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|