bismillah
semenjak dua menjak ni benda2 dalam tajuk kat atas tu sering jadi isu perbualan kami suami isteri..kadang2 diskusi bermula disebabkan ketidakpuasan hati terhadap beberapa perkara disekeliling seterusnya membawa pada perbincangan yang dalam...
tak dapat elak, kat mana2 pun kalau kita masuk dalam suasana baru akan terserlah perkara2 baru yang membuatkan fikiran kita berfikir dan menganalisis, tak lupa juga mengkritik..mungkin kerana perkara tu baru dalam hidup dan lain dari kebiasaan memuatkan perlu sedikit masa untuk penghadaman dan penilaian..
ana yang lemah ni boleh buat kesimpulan bahawa yang kita bawa adalah ISLAM namun tidaklah menjadi suatu yang tidak sepatutnya jika ISLAM yang kita bawa tersebut menggunakan suatu wadah dan dalam sekumpulan manusia yang diberi label. yang penting BERKELOMPOK membawanya. manusia punya berbeza2 cara fikir, cara kerja dan cara menganalisis.tu pasal wujudnya kita dengan 4 mazhab yang keempat2nya tu bukanlah lari dari Islampun (termasuk dalam golongan sunnah waljamaah). terserlah sangat kaitan antara hadis Rasulullah dgn nature manusia menerusi hadis RS yang sabdanya khilaf itu adalah satu rahmat..
apa2pun, walau kat ne kita berada sekalipun, cubalah berada dalam sekelompok manusia yang bekerja untuk kemenangan umat islam mengikut panduan hadis RS dan Quran, dan terbukti kesolehan mereka dan terpancar apa yang dibawa mereka adalah bersifat rabbaniyah, menuju kepada Allah, bukan sekadar dakwah/tarbiyah suka suki dan tidak jelas matlamat dan halatujunya...
tetap berpegang pada al-Quran dan sunnah sebab matlamat kita Allah, takut2 boleh menyimpang jika terlalu emosi dan semangat; tak dapat nak judge based on Islamic point of view.
“aku tinggalkan kepadamu dua perkara, kalau kamu pegang kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu kitabullah dan sunnah Rasulullah s,a,w”
tarbiyah zhatiyah (diri sendiri) juga sangat kritikal n yang paling crucial sebenarnya. no matter how high ur level of islamic understanding or how high ur position among ur islamic peers, the most important aspect to assure the security of ur iman is tarbiayh zhatiyah, u urself!
in the end, i realise life is interesting and Allah knows best. siapa yang beijtihad dan ijtihadnya betul maka baginya 2 pahalan, siapa yang berijtihad namun tidak tepat ijtihadnya dia tetap mendapat satu pahala
wallahua'lam