|
|
 |
 |
Wednesday, April 23, 2008
bismillah...
semalam dalam pukul 8.10, lepas siap solat/makan/bersihkan diri, ana dgn abang g klinik anis utk pregnancy checkup seperti biasa..alhamdulillah sampai2 ta ramai orang. tiba2 teringat tntg result cek darah tak g ambil lagi dari klinik hajar. berdebar pula tetiba rasa, takut Dr. marah je! ana pandang muka abang..abang tiba2 tanya, 'berdebar2 ke?' .. ana jawablah ha'a..pastu ana cerita kat abang tntg keterlupaanku itu..sekali lagi ku mengundang gelengan abang coz terlupa akan sesuatu. m.maaf abang!takpe iAllah dalam minggu ni @ depan ke,ana g ambil kot result tu dari klinik hajar ;)..pastu dalam ketika tu juga ana terfikir, mungkin soalan abang tadi, merujuk kepada berdebar kah ana ni coz mengikut rancangannya nak mnta Dr. ultrasound malam ni. mungkin abang tanya adakah ana berdebar tntg tu kot..
seriusly, tak berdebar sangat tntg ultrasound tu, lebih berdebar tntg kemungkinan Dr. marah sebab keputusan ujian darah yang tak diambil lagi tu..
ana memang beberapa kali sebelum ni ada cakap kat abang, ana rasa nak scan perut ni, nak tgk kondisi baby dalam perut macammana. tak kesah sangat mengenai jantina, tak tahupun tak mengapa..cuma tak dinafikan kalau tahu tu satu bonus jugak..coz its just like uncover a very precious and beautiful suprise..at least for me.. all the same, samada laki @ perempuan yang dilahirkan, iAllah ada hikmahnya. kita bukan seperti sesetengah budaya kaum yang menganggap anak lelaki tu membawa tuah dan perempuan tu membawa bala. tak sama sekali! so in the end apa yang pentign kesyukuran kita anak itu lahir dengan selamat, sempurna, dan mendoakan dia menjadi ana yang soleh/solehah.
berbalik pada cerita malam semalam...tunggu dalam 10minit, pastu no. giliran ana kne panggil.abang masuk sekali dalam bilik klinik tu. dipendekkan cerita, ultrasund dibuat..ana confius memula sebab tak clear apa yang tertunjuk kat skrin tu. kadang2 nampaklah..'oh, tu kaki dia'..'oh tu tangan dia..' then pemacu gelombang tu digerakkan ke bahagian tengah dan bawah sikit. waktu kat bahagian tengah tu, terbongkarlah rahsia yang menjadi pengetahuan Allah selama ni.. he's a boy! begitulah yang ternampak di skrin malam tu..:).. subhanallah yang menjadikan sesuatu hidup dalam perut seorang ibu, yang hanya Dia yang tahu apa yang berlaku didalam perut tu, dan Dia yang tentukan segalanya, mengikut perancanganNya...ana harap baby tu menjadi anak yang soleh suatu hari nanti. cabaran2 menjaga baby mungkin banyak Allah sediakan dihadapanku dan suami. ya Allah permudahkanlah segalanya...semoga mudah dijaga, dididik dan dibentuk nanti...ameen
Posted at 11:31 am by nathifa
Permalink
Thursday, March 06, 2008
My Kampung at Terengganu..
bismillah...
ana suka suasana dkt kampung husband ana..best! angin sepoi2 bahasa bertiup masuk ke segenap ruang rumah, ayam berkokok-kokok girang gembira je ke sana sini, mak(trengganu) petang2 bercakap2 dgn ayam suh masuk dalam sangkar, n macam2 lagi....suasana kampung yang mendamaikan..(abang sure setuju 120% ni..hehe..).. pastu hospitality orang2 kampung sangat boleh ditabik spring..ana rasa macam duduk rumah sendiri, boleh buat apa saja sesuka hati..(hehe, betul ke ni?..).. cuma adab tata susila kemelayuan enyebabkan terbatasnya diri utk 'selamba' lebih2..:)
lagi ana suka suasana kat pantai..almakum le orang shah alam macam ana ni nak tgk pantai susah sikit, kne g PD ke, atau kne g holiday baru dapat tgk pantai..sekarang dah ada keluarga kat terengganu best, senang leh tgk pantai selalu..mendamaikan n menyejukkan hati yang lara...dapat tgk betapa besarnya ciptaan Allah sekaligus merasai kekerdilan diri..best..biasanya kalau balik mesti abang bawa ke tepi pantai..tak dapat duduk cukup le lalu je kat situ..hehe..nampak sangat kempunan tgk pantai..kalau sempat kitorang duduk la berdating dalam kereta sambil melihat laut terbentang didepan mata..n sambil2 tu makan 'juadah'2 yang dibeli di stall tepi2 jalan tu..indahnya..kalah orang bercouple! (memang diorang patut kalah pun..:P)
tu je nak share..ada seseorang berkata..gunalah masa yang ada bila 'berdua' ni sebaik nya..kang dah ada anak2 tak sempat dah nak berdating romantis2 ni..hehe..(ingat! kita dah suami isteri baru boleh romantis2..:D)
wassalam
Posted at 02:36 pm by nathifa
Permalink
Tuesday, March 04, 2008
bismillah..
alhamdulillah..sekarang usia kandungan mencecah 5 bulan. alhamdulillah again, there's not much complication throughout this 5 months. dgr cerita daripada orang lain, ada yang muntah teruk, ada yang dizzy sampai kne baring je, ada yang etc etc etc.. ana alhamdulillah setakat ni yang 1st 3 months tu cuma tak larat sikit2 n tak lalu makan je..turun weight sikit, but not critical. 5 months is quite a long time, at least for the person whom carrying the baby..hehe..orang luar tak perasan, rasa sekejap je dah 5 bulan..:). fasa ni, dah rasa pergerakan baby menendang2 dgn seronoknya..berpusing sana sini..hehe..kadang2 rasa kekejangan otot, kadang2 rasa ngilu2 kat bhgn bawah perut..semua tu biasa orang kata..yang penting kita jaga pemakanan, jaga pergerakan/jgn terlampau aktif sangat nanti kang rasa kurang selesa kat perut.
n the most important thing time ni is that kena banyakkan berdoa agar Allah kurniakan baby yang sihat, sempurna, baik akhlaknya, bijak akalnya etc etc etc..boy or girl tu terpulang kepada Allah.. semoga diberikanNya yang terbaik. ada orang kata janganlah meletakkan harapan yang tinggi sangat nak L or P coz we never know n one more thing, takut2 bila yang keluar tu bukan seperti yang kita harapkan, jadi terkecewa pulak..nauzubillah..papepun semuanya dalam kekuasaan Allah..doalah yg terbaik.
k, till tak tahu bila wallahua'lam..wassalam :D
Posted at 06:56 am by nathifa
Permalink
Tuesday, January 01, 2008
Dalam senang senang LALAI?
bismillah..
bayangkan hidup, dimana bangun pagi tak kesah kul brape (well actually still hv the limit but maybe 9 is the latest), doesnt hv to worry much about expand ur expertise (in terms of work stuff), nak tidur kul brape tak kesah, nak pakai baju apa esok doesnt seem to bother u at all...pendek kata hidup Tak Bekerja...well,maybe ada tggjawab lain seperti jd suri rumah yg berjaya wp tak bekerja tul, but thats a diff story..
n suddenly, u got a job n hv to wake up early in the morng, n hv to try to get to the office(that is about 45 minutes travel time) b4 8.30am..to make it worse, journey from workplace to home take about half an hour extra time than the time taken to work in the morning (jam teruk jugaklah..), nak prepare meal n bermesra bersama keluarga lagi...from mon-fri, penat jugaklah kan..
but thats life i guess..kita rasa je macam payah sket dgn kehidupan baru sebab dah terlalu selesa dgn keadaan relax dulu tu. dah lama2 biasalah kan?..alah bisa tegal biasa kata orang melayu sejati.(teringat kat suami yang memang lebih byk hafal peribahasa melayu).
kesimpulannya, bersyukurlah dgn keselesaan yang Allah bagi, dan bersyukurlah dgn apa yang diberi Allah dgn menghilangkan sedikit keselesaan utk bagi lebih banyak kelebihan wp sedikit bz dan nampak membebankan.
bersyukur dgn keselesaan?? macam ada yg tak kenala ayat tu..hm,bila seseorang tu dalam keadaan selesa, boleh jadi kebarangkalian dia nak lalai tu lebih tinggi rasanya, setuju? heh..jadi buat apa nak bersyukur dgn keselesaan/kesenangan? hmm...ada benarnya dan ada salahnya statement tu (yg bold tu), coz sebenarnya ia bergantung kepada peribadi tersebut rasa2nya lah..apepun ana quite setuju dgn statement tu in general..
teringat sebuah hadis (terlupa matan dia..maaaf), yg lebih kurang maksudnya, 'ingatlah Allah ketika senang nescaya Allah akan ingat kamu semasa susah'..subhanallah..sepotong perkataan yang sensenang je kita nak cakap kat orang suruh buat tapi sebenarnya sangat berat utk kitanak buat!! susah sebab tgh senang lenang, takde apa masalahpun yang buat kita terpaksa merayu2 dalam doa kepada Allah (nak mtk cukupkan duit, etc)...syaitan pun keliling goda suruh asyik dgn senang..
SEBAB TULAH...bila kita syukur waktu senang, timbul manisnya iman dalam hati kita, terlalu manis sampai kesyukuran kita dapat membuatkan diri rasa kerdil dan rasa dekat dgn Allah itu menusuk2 kalbu..harga sebuah kesyukuran yang bukan senang dipupuk jika tidak dipaksa oleh diri, jika tak dapat kekuatan daripada Allah, jika hati terus layan perasaan asyik dgn keselesaan...subhanallah...besarnya nikmat syukur..sebab syukur, Allah tak untung apa2, kita syukur kita yang akan dapat kelebihan! banyak disebut begitu dalam alQur'an..
a'la kullihal...
jom kita BERSYUKUR dgn KESENANGAN!
Posted at 08:39 pm by nathifa
Permalink
Wednesday, December 05, 2007
bismillahirrahmanirrahim..
rasa kena cakap juga ni..
mmm macam ni.. kepada semua pengunjung.. ana mtk maaf sangat sebab apa.. sebenarnya ana ni bukan seorang blogger yang sangat suka blog pun..huhu suka type isi hati (n perut??) je.. nak tukar2 coding semua..erm..agak lemah.. so, end up with this kind of blog.. yang bila orang kunjung would probably say; "why...this girl doesnt know how to manage her blog la..." erm..mungkin kot.. but iAllah keazamanku kuat utk menguruskannya kembali.. but for the time being.. macam i je kot.. updatepun mgkin paling banyak 2kali sebulan (hehehe)
apepun.. i really appreciate siapa yang menjenguk walau siapapun anda... rasa tak bercakap sorang2..heh
wallahua'lam afwan!
Posted at 06:35 pm by nathifa
Permalink
Monday, December 03, 2007
My Friends Are/going to be Married =)
Bismillahirrahmanirrahim.. semalam g walimah hanisah, dia berkahwin dgn Radzlan, senior kat hira' dulu..on saturday a day b4 tu g walimah Hasnah, dia berkahwin dgn ex-schoolmate kisas dia dulu, n next week Muhaini,akhawat kat UTM akan disatukan dgn Umayr, ikhwah UTM jg... begitulah jodoh namanya..kadang2 yang depan batang hidung satu ketika dululah yg jadi pasangan hidup sehidup semati, without we realised it that time. like me!..heh..alhamdulillah... jodoh di tangan Allah. yang penting TAWAKKAL. the power of doa n TAWAKKAL is really2 great that apa yang tak terfikir d benak kita jalan keluar akan Allah sediakan utk kita. bila ada seorang soleh datang merisik/meminang maka beristikharahlah dan bertawakkallah.... Apa2pun, all the best my good ol frens...korang semua dah masuk ke alam baru yang saaaaaaaangaaaaaaat tak dapat di bayangkan di benak sebelum kahwin.tryla macammane pun tak caya memang tak dapat tahunye macammane life after kahwin..hehe...any up n downs perlulah berlapang dada n bersangka baik always, nanti akan rasa kemanisan perkahwinan bersama pasangan tersebut...LOVE is SACRIFICE.. u love Allah, u sacrifice for Him..u love ur pasangan (for sure u want to love him/her dearlykan?) u have to TRY to sacrifice...not to mention kita nak yang terbaik utknya di dunia dan diakhirat, so there's need for some effort to maintain the TaQWa for both of u n ur partner... okehlaa... barakallahulakuma wabaraka a'laikuma fi khair...semoga dalam pemeliharaan Allah sokmo..
Posted at 05:16 pm by nathifa
Permalink
Monday, July 16, 2007
Assalamualaikum wbt... hati ni sangat rindu pada akhawat semua..sangat rindu pada kesibukan dakwah dan tarbiyah di UTM...pilunya bila ingat kembali..alhamduliillah, utm terus subur..bumi tempatku mengenal erti perjuangan sebenar, ukhuwah, dan kecintaan pada Islam melebihi segalanya....... akhawat semua, andai antunna baca ni, ana harap antunna tetap mara dan mara dalam usaha islah...bila satu hari Allah taqdirkan di tempat yang lain, pasti rasa satu kehilangan yang sangat besar...Allahuakbar... apepun hidup perlu diteruskan...usaha istiqomah tak mudah, dan tak akan jadi mudah...insyaAllah akan ku usahakan diri utk thabat..Ya Allah berilah kekuatan kepada hambamu ini....Allahumma yassir wala tuassir.. i love u all akhawat...miss u guys so much..:'(
Posted at 04:07 pm by nathifa
Permalink
Wednesday, June 13, 2007
My 2 months being a wife..
bismillahirrahmanirrahim... sampai sekarang masih tengah adapt dengan title 'isteri' yang ana pegang.. bukan tak sedia, tak suka atau seumpamanya, tapi being a wife rite now, its just like a dream... well perhaps a dream come true.. I feel totally deeply in love with a person (my hubby of course) rite now... honestly, i never felt like this before... so sweet and precious feelings inside that can never be felt unless it is being 'reserve' for this special phase, phase where u devoted ur life to a man wich is ur husband..macam dapat satu reward yang sangat 'fresh', berharga, dan valuable tak terhingga.. huhu, speaking macam la ana sorang je yang rasa camtuh kan?heh.. sorry.. ok2..back to the point.. mmm, selama 2 bulan bergelar isteri ni macam2 yang ana pelajari ertikata sebuah kehidupan yang dikongsi bersama.. dapat berkenalan dengan keluarga mertua yang sayang kat kita... dapat lihat dan adapt dengan cara hidup masing2 n so fourth.. i guess the same goes to my husband dgn family ana.. hehe:).. part yang paling best ialah kita baru dapat 'taaruf' dengan sebenar2nya dengan suami kita..terlalu baaaanyaaak keistimewaan dia yang ana dapat tahu dalam fasa 'taaruf' pas kawen nie.. n alhamdulillah cnta terus mekar dan mekar dan mekar...:) terfikir jugak... kalau ler dah habis semuaaaanyaa before kawen, maksudnya dah kenal dia sedalam2nya n dah habiskan masa dengannya berkepit ke sana kemari b4 kawen lagi... takkannya ana akan merasai kemanisan seperti ini...takkannya ana akan rasa indah dan bahagia yang bersangatan seperti ni...btul tak rasa2nya? wallahua'lam, tu setakat logik yang ana boleh fikirkanlah... alhamdulillah again.....i ll be so rugi n termasuk dlm orang2 yang tak bersyukur kalau ana tak panjatkan kesyukuran kepada Allah... subhanallah yang menjadikan hati ini sangat bahagia sekarang ini.....apa yang lebih penting bukanlah betapa besarnya rezki yang ana dapat sekarang ni.. tapi setakat mana ana jadi orang yang bertaqwa dan beriman dan masih dalam kesyukuran lepas dapat nikmat ni... kerana banyaknya umat dulu yang telah terlalai bila dikurniakan nikmat yang hebat dan besar... nauzubillahiminzalik... hmm.....apa2pun, my life now is too good to be true.. n i like it, alhamdulillah ;)     p.s: gambar2 nie ambl dgn hanset husband yang dipegang sendiri oleh tangan2 kami, so tak pat nak fokus jauh..hheee..
Posted at 07:59 pm by nathifa
Permalink
Saturday, April 14, 2007
bismillah... before tidur alhamdulillah sempat solat hajat n panjatkan doa..malam tu memang mimpi macam2.. tak nyenyak Allah saja yang tahu.. tapi tak ingat mimpi apa, yang tahu macam bercelaru je.. hmm.. pastu get ready etc, baju2 alhamdulillah dah siap gosok semua malam sebelum tu..pagi tu macam ada prob skt jadi agak lewatla bertolak.. akhawat yang dari johor dah sampai dari pukul 8.30am lagi, n kept messaging me..huhu... debaran kian memuncak., at the same time terasa dihargai.hehhe.. rombongan pengantin lelaki dah sampai around dekat2 kul 10 jugak..zauj ana cerita dia kehulur ke hilir tak tau nak duduk mana.hehe.. sian dia.. dah tu tgk akhawat ramai dah sampai pulak tu, lagilah seram skt..:) tapi alhamdulillah, near 10.30 am ana sampai ngan parents beserta kaklang..kaklang jadi pembawa beg yang setia..hehe.. diorang turun dari kereta, ana langsung nak turun pun tak nak rasa. tapi alhamdulillah akhawat yang datang menghampiri kereta ana tu n baru berani ana turun.. subhanallah, for the first time ana pakai kasut tinggi, jalan pun senget senget lagi.. masuk je dalam hall tu, salam2 ngan cikngoh, cikza n moktok... time tu tak tau nak ke mana... nak nyorok pun tak tau nak nyorok mana..,.alhamdulillah pastu duduk lah tepi kerusi yang macam tersorok sikit tu..sementara tu memang baca doa tak henti.. 'Ya Allah kau kurniakanlah kepadaku darinya kebaikan yang telah engkau kurniakan kepadanya, dan engkau jauhkanlah dariku daripada kejahatan darinya yang telah engkau taqdirkan kepadanya'.. alhamdulillah, jiwa rasa tenang n ready for n e thing..  lepas akad, bersalam-salamanlah dengan keluarga dia, time tu zauj ana dia g mana wallahua'lam.. ana dok salam sorang2 sekejap..hehe.. lepas dah habis salam2 tu tak tau nak g mana..pastu alhamdulillah pakcik Ali kata, ok moh moh ambil gambar..so, dudukla kitorang kat kursi tu n sesi menangkap gambarpun berlangsung.. satu benda ana terlupa nak buat b4 hari walimah ni... practice senyum depan cermin..hehee :D n e ways, alhamdulillah ok jugaklaa...tenang n sedikit rasa tak selesa bila duduk rapat2. heh  so, in the end, semuanya turned out to be just fine. rasa tenang n kepenatan melayan tetamu.. alhamdulillah ramai yang datang.. n i really appreciate ikh akhwt yg hadir.. yang tak dapat hadir pun tak putus2 berikan wish dalam sms..jazakumullahukhair kathira... perjalanan baru nak bermula, memang betul kata zauj ana, kita ni bagai sudah melepasi satu fasa perjuangan n melangkah ke satu fasa lagi... dulu berjuang menjaga hati, gejolak perasaan etc daripada bukan muhrim.. sekarang rasa sangat relief sebenarnya sebab satu perjuangan besar bagi para remaja dah lepas... tapi ada perjuangan lain lagi yang menunggu... semoga dengan hadirnya teman hidup baru yang sefikrah dan saling melengkapi, perjalanan ni akan saling ditampung dan diperingati dengan kesabaran dan kebenaran.. I love u fillah my dear husband ;)
Posted at 04:56 pm by nathifa
Permalink
Thursday, April 12, 2007
its over... and its a beginning at the same time
Assalamualaikum..
hmm.. tanggal 14.4.07 adalah hari paling bermakna dalam sejarah hidupku. 2 hari sebelum tu ada presentation final project.alhamdulillah dalam kepanikan skt sebanyak utk walimah tu, dapat juga ana fokus pada tesis tu. but b4 present panel yang sporting2 tu usik.. wahwah pengantin baru kita sempat lagi present projek dia.. n gelak2.. hhehhe.. alhamdulillah Allah permudahkan, dapat ana habiskan presentation tu dgn baik..
balik tu ana dengan nawar, nawar pun bakal kahwin 14.4 jugak. heheh, maklang tau aku balik drive macam terkejut jugak dia.hehe.. tapi takde cara lain dah..nak kne bawak kreta tu balik..
pastu sampai rumah, all things were in place dah.. alhamdulillah. bolehla ana bukak2 notes n ulangkaji sikit sebanyak.. tapi tak dapat nak fokus sangat..huhu. malam tu tgk kakngah pakai inai.. aku pun pakai inai gak..
dipendekkan cerita, keluarga kaklong kemalangan on the way diorang nk datang cni..innalillahiwainnailaihirojiun. mix feelings time tu.. dengan pagi tu kakngah akan akad, sangat mix feelings.. balong tak jadi jadi saksi, so tukar dengan ayah zik..
alhamdulillah sesi akad berjalan lancar..kakngah dengan malu2 kucingnya dan abangah macam cool je.. so tangkap2 gambar n all. alhamdulillah.. n at the same time nota2 ringkas still in my pockets!..
sepanjang petang tu ok la, dapat baca sikit2 notes... (membantu jugak, sebab dapatla cover sket).. tapi really perasaan bercampur baur.. asyik meluahkan perasaan je kat sesapa yang bertanya 'ada xm ye selasa ni?' ..huhu.. juz nak meluahkan rasa sangat pack, all at the same time.. but alhamdulillah ayah kept reminding me, its all in Allah's hand..
alhamdulillah... hari itu dalam sejarah.. tak tau nape tapi a bit tertekan jugak, considering ana memang lari habis lah dari schedule belajar..(ntahke bila nak sentuh past years papers n buat..huhu..tak taulaa)
k, enough for the day's story.. next : my wedding day!
Posted at 04:13 pm by nathifa
Permalink
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|