|
bismillah.. baru ku dapat rasa betapa besarnya pengorbanan ibu bapa nak membesarkan anaknya...baru ana rasa tabik spring sangat2 kepada mereka yang tak berkemampuan(material) tapi masih cool dan seronok dengan pertambahan anak sorang demi sorang dan terus tabah membesarkan wp serba kekurangan. (dulu pernah dengar ada seorang lelaki bekerja sebagai guru ngaji, anak ada lebih lebih 6 orang, rapat2 jarak pulak tu..). baru ana dapat rasa betapa pengorbanan yang besar bila jadi ibu ni, anak bangun/tak tidur malam kita kena jaga n tenangkan dia, walau macammane ngantukpun kita..mak dulu pun membesarkan balong kakngah kaklang n me (4 orang lahir dalam masa 5 tahun je) pada jarak yang rapat2 satu sama lain n just at the age of 25!!subhanallah..mesti kne tabah tahap tinggi.. cuma satu yang pasti, walau banyak mana duit dibelanjakan untuk membesarkan anak,walau masa rehat perlu dikorbankan, keseronokan melihat baby membesar dari sehari ke sehari adalah satu yang pasti.. oklah masuk pada kisah benar.. seawal salahuddin sebulan setengah, ana n hubby dah start mencari carseat dia. sebab nanti nak travel kalau ana kne drive sorang bawa baby, bolehlah dia duduk di carseat. memang sangat berguna sungguh carseat tu. alhamdulillah salahuddin juga mau duduk kat situ, kecuali kalau dia nak susu, nak sendawa atau tak sedap perut..hehhhe.. balik terengganu hari tu kerusi tu sangat membantu, bila salahuddin nak tidur ana letak dia kat kerusi tu..dia ok je sehingga dia terlelap sendiri, alhamdulillah.. nak g nurseripun ana dudukkan dia di kerusi tu n drive ke nurseri selepas drop abang kat komuter stesen(abang g kerja naik komuter) n after kerja pun ana ambil dia dari nurseri n dudukkan dia dalam kerusi tu n bawa pulang ke rumah..nak dia duduk dalam tu..baik je siap tegur2 ana yang tgh drive kereta..
baju2 baby, alhamdulillah banyak sangat ana dapat daripada hadiah yang orang bagi, n baju yang kaklong n kakngah bagi..yang beli sendiri ada satu dua je kot..tapi sekarang salahuddin dah makin besar, baju 0-3months dah nak tak muat dah dia pakai..lantas ana n hubby belikan baju 6-12 utk dia..ok je tak besar sangat bila dia pakai!.hehhe... Cukur Rambut cuti sekolah baru ni kami balik terengganu, hajat dihati nak bawa salahuddin jumpa tok ki n tok n mak pah dia d trengganu..kamipun dah berbulan bulan tak balik. at the same time nak cukur rambut dia utk meraikan sunnah..ayah n mak terengganu lantas merancang satu majlis cukur rambut dgn menjamu ahli qaryah n sedara mara berdekatan dengan jamuan kecilan...so jumaat malam sabtu ada jamuan sikit, hari sabtu tu ayah cukur rambut salahuddin dibantu oleh abang..alhamdulillah dia tak nangis n bergerak banyak time nak cukur rambut dia tu, siap menguap2 lagi, salahuddin salahuddin..ni gambar-gambar semasa nak cukur rambut salahuddin..
Nurseri oh Nurseri~ kisah sedih pada awalnya, namun alhamdulillah sekrang boleh lega sikit..pada awalnya,ana bercadang nak hantar salahuddin masuk ke taska A di sek 19..hari jumaat tu ana ambil cuti, n at the same time nak try mula hantar baby ke taska bermula haritu juga supaya blh ana jenguk2 dia.. (tempat kerja ana kat serdang jauh tu nak jenguk2 taska di shah alam ni..kompem habis kerja baru jenguk)..ana hantar at 8am n at 10 ana dah resah2 n risaukan baby..tak sampai 3 jam tinggalkan dia kat situ ana ambil balik..hehe..mm sebetul2nya ana quite risau tinggalkan dia kat situ coz taska tu macam gloomy je, tak banyak barang2 mainan budak2, n kurang seronok je tempat tu nampak gaya..so lepas pada tu ana tak hantar2 dah ke tempat tu..burnlah rm50 pendaftaran..tak pe asal bahagiakan.. mak memperkenalkan ana dengan sebuah lagi taska di sek 20, kawan mak ada hantar anak kat taska tu n dia kata ok tempat tu..so pe lagi ana pun try bawa salahuddin terus ke taska tu b4 g kerja isnin baru ni. hajat di hati kalau tempat tu bagus terus nak tinggal salahuddin kat taska tu. memang taska tu fully equip!time ana g tu budak2 main dengan riang je.mungkin sebab kawasan tu luas. its like a banglo with playground dekat laman dia. takde ana dengar budak nangis pun..so dipendekkan cerita, after discuss itu ini dengan ketua penjaga kat situ, ana pun decide tinggalkan salahuddin dibawah penjagaan diorang..walaupun quite costly jg tempat tu berbanding taska A, duit tak jadi masalahkan asal hati tenang meninggalkan anak disitu..hati yang tenang, tak seperti kes taska A, ana tinggalkan salahuddin n pergi kerja..2 kali ana call dari ofis ke taska tu nak check on salahuddin(saja nak bertanya khabar)..1st tu ana call kul 12pm penjaga tu kata dia tidur lagi..2nd tu ana call dalam kul 3pm penjaga tu kata 'akak..anak akak asyik nangis je'..ya Rab hati aku panik tetiba..ana tanya itu ini diorang pun cam tak tahu baby nape.. lantas ana pun bergegas pulang..dekat 45 minit baru sampai..sampai2 tu dia nangis lagi..sedih ana tengok..ana pun susukan dia n tenangkan dia..alhamdulillah lepas tu dia ok je..bila discuss dengan penjaga diorang kata mungkin dia sakit perut kot..dia macam meneran2..(ana makan apa ntah tak tahu la..). n diorang sapu minyak yuyi di perut baby baru dia ok sikit.. k lah panjang pulak ceritanya, diringkaskan,akhirnya hari kedua ana tawakkal pada Allah, hantar dia ke taska tu juga(memandangkan tempatnya kondusif n penjaga macam ada basic pengetahuan yang baik tntg jaga baby)..ana pesan macam2..alhamdulillah Allah bagi ana kekuatan utk tak menelefon nurseri, ana dah pesan pada mereka supaya call kalau ada pape..salahuddin sangat ok time ana ambil balik dari kerja, n makin baik pula bila kat rumah, tak kuat nangis..senyum2 dan agah agah seperti orang dalam mood ceria..hehh..mungkin suasana taska yang ceria atau memang dia sesuai duduk situ kot yang membuatkan dia macamtu..alhamdulillah.. moga hari2 mendatangpun macamtu..hopefully bila dapat pindah bangi dapatlah cari nurseri yang dekat sikit supaya dapat jenguk2 time kerja..hmm nak membesarkan anak, bekerja pula tu..kesal juga sebab tak dapat tarbiyah dengan tangan sendiri dari kecil full time..moga pengorbanan nak membantu suami Allah bagi keberkatan pada anak yang membesar tanpa ibu disisi..semoga salahuddin dalam penjagaan Allah sentiasa.. wallahua'lam |
| balqis August 31, 2008 05:29 PM PDT oklah nanti blqis nk letak gmbr dia hepi plk la..hehhhe tuler kklng bln nk blk?? :p | ||
| kaklang August 30, 2008 06:24 PM PDT salahuddin pandang cam garang je..heheh..(nampak sgt kaklang tgk gamba je.ahahaha) | ||
| Leave a Comment: |